SALAH TANG MANA NI?

By PassioNadh - November 06, 2020











Okey  

reason being aku tetibe touch pasal benda ni 

sebab aku rasa even rasanya ramai dah tahu apa itu PURGING, apa itu BREAKOUT, ALLERGY, ECZEMA 

tapi disebabkan semua di atas ni simptom dia lebih kurang je so people tend to be confuse.


Ada a few of my friends been asking about their skin condition and basically I could say that, they're experiencing the same issue and it all started with INTRODUCING NEW PRODUCT TO THEIR SKINCARE ROUTINE. 


I mean, bukan salah pun tapi sometimes, bila skin kita dah okey,

tak perlu lagi nak add on product nak bagi lagi okey.

unless, benda tu anti-aging serum ke kan?

sebab wanita tak boleh nampak tua EVER. PERIOD. lol


Toksah cakap orang, aku pun sama dulu.

So disebabkan aku ada pengalaman jadi senang sikit nak bercerita. 

Tak sure la panjang ke idok karangan kali ni tapi aku try kasi korang faham okey? 😎


Bila korang pakai skincare, baru ke lama ke, kalau lepas pakai tu korang rasa seperti simptom yg aku list down tu, kemungkinan besar korang ALLERGIC pada product tersebut.

Maybe product in general or ingredient dalam product tu salah satunya caused allergy reaction pada kulit korang. 


Contoh: lepas pakai korang rasa muka korang panas, tak kira sikit ke banyak ke, itu maksudnya korang allergic jadi sila pre-loved kan product tersebut. 


Sama jugak kalau rasa gatal merah-merah even tak ada bumps ke apa ke, tolong stop. 


Dari pengalaman aku pulak, dia akan jadi kering and jd macam panau (uneven skintone). Ada masa juga dia jadi rashes tapi gatal merenyam toksah habaq. 


Dekat sini pun dah dapat detect simptom dia berbeza-beza, wallahua’lam mengapa. 


Reaction merah gatal panau kat muka ni kita panggil CONTACT DERMATITIS. 


CONTACT DERMATITIS ada dua: 


ALLERGY CONTACT DERMATITIS

IRRITANT CONTACT DERMATITIS


Yg kita tengah bincang sekarang ni ialah ALLERGY CONTACT DERMATITIS. 

Selalunya akan hilang once kita stop benda yang kita allergic tu tapi 

yang jadikan dia memeningkan kepala bila dia dah penuh satu muka, gatal, merah, menggerutu. 


Haaa lagi-lagi perempuan, 

Ada satu jerawat pun dah heboh satu group whatsapp,

apetah lagi satu muka merah, menggerutu, gatal. 

Mintak simpang weh! 


Tapi kalau betul allergy memang akan jadi sejurus selepas korang pakai product tu 

atau dalam masa 48 hours. 

Senang nak beza kita ni ada ALERGY ATAU IRRITANT CONTACT DERMATITIS.



IRRITANT CONTACT DERMATITIS ni pulak selalu akan jadi disebabkan skin barrier rosak sebab korang guna chemical peel ke, AHA-BHA tu tak ikut concentration yg kulit korang boleh tolerate, 

over-cleanse,scrub, exfoliate. 

Ha mcm aku ckp semalam kat fb (BTW, FB aku: NADHIRAH TOPEK 😂)

korang buat rutin berlebihan tu kan? Inilah dia. 


Kalau nak sembuhkan dia, ada a few cara. 


  1. stop routine yg menyakitkan tu. Tukar pada mild cleanser, mild/soothing moisturizer. Start basic skincare routine, pulihkan balik skin barrier korang dan BANYAKKAN BERSABAR. Sebab ni ialah option yang slow progress 😅


Sebab tu aku selalu pesan, kalau kulit dah okey jangan ngade nak tambah ini tambah ini sebarangan. Bincang dulu dgn yang pakar, pergi derm ke tanya. LESS IS MORE.


  1. Pergi je klinik terus. Selalunya doctor akan prescribe topical steroids. Jangan risau takde bahaya. Asalkan korang bgtau korang punya condition, tgh ttc ke, tgh pregnant ke, tgh breastfeed ke. Mesti akan ada ubat suits your condition. Kalau tak bagitahu mana doctor nak tahu. Pastu jadi lagi teruk marah-marah. Tak baik tau ☹️



IRRITANT CONTACT DERMATITIS ni juga boleh je jadi selepas sebulan-setahun pakai that product baru dia jadi. 

Reason? 

Skin barrier korang baru rosak time tu.

It takes time and depending on concentration of active ingredient yang ada dalam product tersebut dan juga kulit pemakai


That’s why ada orang pkai product “haram” okey je tetibe lepas tu hambekau! 

Ada yang pakai okey je, dah tua nanti bila dia punya skin barrier dah tak kukuh baru keluar macam-macam. 


Tapi product “halal” pun boleh je cause IRRITANT CONTACT DERMATITIS ni. 

Bukan sebab tak bagus tapi mungkin cara pakai atau concentration tak sesuai dengan kulit korang.


Gitu la kisahnya. 


Fuh lenguh.

Semoga bermanfaat.

Okey la till next time 😍


Nak tanya further or nak share dipersilakan.

Mana yang Nad boleh tolong Nad tolong okey? 


  • Share:

You Might Also Like

0 comments